Thursday, August 20, 2009

Aku dan praktikal ku...



Salam sejahtera…

Dua minggu dah berlalu untuk praktikal aku kali ini. Tidak terasa, masa berlalu terlalu pantas berlalu. Mungkin, jaguh pecut dunia pun tidak pasti boleh mengejar masa yang dah berlalu pergi. Yang selebihnya itu, hanya kuasa Yang Maha Esa sahaja yang lebih mengetahui.

Ya, dua minggu berlalu begitu sahaja. Banyak juga dah aku belajar setakat ini melalui praktikal untuk kali kedua ini. Banyak ragam,banyak cerita dan macam-macam ada. Perkembangan murid0murid di SK Sungai Lui memang banyak membuat aku berfikir. Berfikir untuk menjadi yang terbaik yang membolehkan aku mengajar lebih tekun dan gigih. Ini semua bukan aku lakukan untuk kebaikan diri aku sahaja bahkan kepada murid-murid yang aku ajar. Aku sedaya upaya menyampaikan p&p yang terbaik untuk mereka supaya di kemudian hari, mereka boleh mengaplikasikan ilmu itu untuk kegunaan mereka dalam kehidupan seharian mereka. Ya, lebih-lebih lagi subjek yang aku ajar, Kemahiran Hidup. Subjek ini mengajar mereka untuk hidup berdikari dan permulaan bagi mereka untuk mendapatkan kemahiran yang asas sebelum mereka ke peringkat yang lebih tinggi nanti. Ya, kemungkinan akan lahir seorang yang berkemahiran tinggi dan kreatif serta berinovasi tinggi. Ini semua bukan untuk sesiapapun, tapi untu diri mereka. Yang inginkan kemajuan dalam hidup mereka di masa akan datang.

Aku, seperti biasa…dengan cara aku. Mana yang baik, aku jadikan contoh. Mana yang buruk, akan aku jadikan sebagai pendorong untuk diriku supaya lebih baik. Insyaallah…apa-apa pun, kita kena berusaha terlebih dahulu. Jangan biarkan diri ini tertewas dahulu sebelum kita sampai ke tempat yang kita inginkan. Teruskan berusaha walau apapun rintangan yang kita hadapi. Kita usaha, barulah kita tawakal kepada Dia yang Maha Yang Esa. Insyaallah…kita pasti dapat.

Tibanya Ramadhan...



Ya…kini tibanya Ramadhan. Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan pemberian daripada Yang Maha Esa. Bulan keampunan. Bulan keampunan bagi umat Islam yang berasa kerdil di sisi penciptaNya. Bulan inilah, selalunya umat Islam akan berduyun-duyun untuk melakukan amal kebajikan untuk di dunia bahkan insyaallah, amal yang akan di bawa di akhirat nanti.

Insyaallah… bagi diri ini, akan cuba buat yang terbaik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Esok, akan menjadi lebih baik daripada hari ini. Insyaallah…ya, puasa di bulan Ramadhan. Diharap tahun ini, tidak ada apa halangan dan dugaan untuk aku memenuhkan puasa di bulan Ramadhan. Kalau nak diikutkan, tahun ini, kali yang ke-4 bagi diri ini berpuasa di perantauan sejak aku di dunia pendidikan. Ya, aku memang hidup merantau sejak aku belajar di tingkatan 4. Bagi diri ini, aku dah biasa untuk berpuasa di tempat orang tapi jauh di lubuk hati, agak cemburu dengan kawan-kawan yang boleh balik ke rumah masing-masing untuk berbuka bersama keluarga. Aku??berbuka dengan juadah bazaar ramadhan…tidak mengapa, apa yang penting, ibadat puasa itu dapat aku jalankan.

Ya,kawan-kawanku…selamat menyambut bulan Ramadhan.

Salam…

Saturday, August 1, 2009

aku dan cikgu - bahagian 3

salam sejahtera....

ya,kembali kita di sini untuk aku dan cikgu bahagian ketiga. apa nak dicerita,ya???ya, dalam kehidupan seorang guru pelatih ni, memang banyak mengajar aku erti pengorbanan. korban masa, kesabaran, duit dan adalah yang lain lagi...masa aku pra di Gaya, memang aku tak nampak lagi masa depan aku sebagai guru nanti. apa yang aku nampak, dengan kehidupan laut aku sebelum ni..ya,dah itu cita-cita aku yang sebenar tapi tidak kesampaian. tidak mengapa...aku tak kisah, bukan rezeki aku di situ.mungkin, ada juga penunjuk di sebaliknya daripada Ilahi untuk diri ini. sekarang, aku dah rasa diri ini, memang nak jadi guru. orang yang ingin mendidik generasi yang akan datang tapi, kekadang aku berfikir layak ke aku mengajar orang???sedangkan, aku rasakan diri aku ni, begitu kerdil dengan ilmu di dada...ingat lagi aku semasa di pra, aku bertanyakan soalan kepada kawan seangkatanku, "layak ke kita ni jadi cikgu?" sehingga hari ni, persoalan itu masih bermain di dalam mindaku..bukan untuk mematahkan semangat diri ni ,malah makin membuat diri ni, ingin maju ke hadapan. insyaallah, aku akan buat yang terbaik.. bukan untuk diriku sahaja malah aku cuba mendidik anak muridku sebaik mungkin. aku gembira dan puas jika anak murid, anak didik aku gembira dan mendapat ilmu daripada aku...itulah tanggungjawab sebenar kita sebagai seorang guru...mendidik dan mengajar...

ya, itulah alam pekerjaan aku nanti. aku sebagai seorang cikgu...hmm...memang tidak pernah terlintas di fikiran...hehe..sekarang, aku layan sahaja.

sebelum aku terlupa, aku bersua kembali pensyarah aku di Gaya sebelum ni..ya,pensyarah yang aku amat senangi..."kau sendiri tau la tu... " tu lah tag ayat dia...hehe...memang masih seperti 3 tahun yang lepas...


En.Lee Kim Chong (kiri), En. Lee Chee Huat (kanan)
(yusri, aku minta gambar ni,yer?)

terima kasih untuk segalanya....

memiliki basikal ....

salam sejahtera....




ya, minat untuk memiliki basikal memang dah kembali ke dalam hidup aku...entah angin mana yang menolak diri ini untuk melabur balik dalam dunia basikal, aku pun tak tahu.yalah, kalau hati tu dah suka, minat, nak buat macam mana,kan??hehe...so, aku pun mula menerjah semula masuk dunia basikal ni...aku mula pergi kembali ke Bicycle Buy & Sell di mana di sinilah aku mencari komponen-komponen basikal yang baru ataupun yang terpakai...aku cukup bersyukur, kerana aku mendapat kesemua komponen basikal dengan harga terbaik di sini. memang berbaloi...kalau sesiapa dah melihat basikal aku tu, tentu menyangka basikal aku ni, kosnya sampai beribu ringgit tapi, sangkaan anda salah. kurang daripada seribu aku untuk menyiapkan basikal aku ni...semuanya komponen terpakai. hanya komponen tertentu sahaja yang baru. alhamdulillah...berkat brother kuman yang banyak menolong aku jugak, yang empunya blog http://simply-deals.blogspot.com/....dia agak sempoi orangnya...diberitahu kerjanya macam mat despatch tapi aku macam tak percaya...hehe...maaf,ya bro..apa-apa pun, dialah yang banyak membantu aku dalam pencarian komponen basikal aku ni..walaupun aku tak dapat nak tunaikan permintaan untuk berkayuh di Dukes dan KESAS..hehe..maaf...apa-apa pun, terima kasih bebanyak....

ya, basikal memang aku minat dari dulu lagi...insyaallah, aku akan mula berkayuh pergi Hulu Langat, tempat aku praktikal nanti. ya, persiapan tengah dijalankan, khususnya "stamina" dan kesihatan diri..hehe..maklumlah, dah lama tak berkayuh..hehe..diharap,segala yang dirancang tercapai..amin...sebelum berpisah, aku ada maklumat untuk dikongsi..terima kasih kepada saudara afiq imam yang memberitahu kepadaku tentang ni...silalah ke-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0801&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana_Sukan&pg=rs_02.htm&arc=hive

untuk kita kongsi bersama...salam...