Friday, July 31, 2009

aku dan cikgu - bahagian 2

salam sejahtera...

salam kembali dalam bahagian kedua, aku dan cikgu.. terasa sekejap masa berlalu meninggalkan kita....sama juga sepertimana arwah ayah aku, meninggalkan aku dan keluarga. diri ini, macam masih ada diri dia bersama kami sekeluarga.ya, memang arwah ayah rapat dengan aku. ingat lagi, masa aku pra di Gaya, aku tak minta untuk balik bercuti, walhal cuti pun tak sampai seminggu. tapi, arwah ayah telah membeli tiket balik kota kinabalu - miri untuk aku balik. memang, aku tak ada pilihan disebabkan tiket kapal terbang telah dibeli. nak tak nak, aku terpaksa balik. itulah salah satu pemberian arwah ayah, yang sanggup belikan tiket untuk aku balik. itulah kasih dan sayang seorang ayah untuk anaknya..kawan-kawan, hormati dan sayangilah ayah anda masing-masing. jagalah mereka dengan sebaik mungkin... memang arwah ayah banyak mengajara aku untuk hidup displin. ya, itulah peranan dia semasa bekerja, dia adalah seorang Safety Officer yang banyak memberi dan memantau tentang keselamatan orang bekerja...kalau diikutkan, bidang perguruan memang bukan bidang aku. aku semamangnya tak meminati bidang ni. bidang aku, tu..di sana..Laut. itulah cita-cita aku sebelum ni. hingga ke hari ni, aku memang masih menyimpan niat dan hasrat untuk kembali ke bidang itu. tapi, hanya masa dan peluang yang akan menentukannya...hanya Dia yang mampu menentukan ketentuan kita di dunia ini. berdoalah yang terbaik.



zaman kadet ku...


sekarang, tinggal beberapa bulan lagi, aku akan keluar menjadi cikgu. diri ni yang sebelumnya menjadi kadet laut kini seorang bakal cikgu. memang banyak perubahan pada diri aku...dari segi perwatakan, percakapan dan banyak jugalah... dari maktab gaya hingga kini, IPGM kampus pendidikan Teknik, aku dapat melihat perubahan kawan-kawan seangkatan aku bersama di GAya sebelum ni...







hmm...ni lah dia...antara kenangan bersama di Gaya..kini, kamu pandailah fikir. hehe...macam-macam gaya dah berubah..aku??kamu nilaikan sendiri..hehe...insyaallah..coming soon for part 3...

seminggu lagi tinggal.....

salam sejahtera....

ya,,seminggu sahaja lagi tinggal untuk pelatih B.eD untuk bersuka ria sebelum memulakan sesi praktikal untuk kali kedua...bagi diri ni.aku akan kembali ke Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, Hulu Langat bersama teman praktikal aku,saudara Ahmad Yusri. kali ni, praktikal kami akan mengambil masa 3 bulan tapi bagi aku, tak akan sampai 3 bulan praktikal disebabkan cuti. diantaranya ialah Hari Raya, Deepavali, dan macam-macam lagi. tentu kawan-kawan aku dah tak sabar nak habis pengajian termasuklah diri aku ni sendiri....hehe..mana tidaknya,aku ni macam dah expired. yalah,kawan-kawan sebaya aku dah bekerja untuk tempoh 2-3 tahun tapi aku??masih juga belajar dan belajar..tak juga habis-habis..sabar. dan ,ada juga yang dah kahwin, dah ada anak 2 lagi..hehe..kuat!!haha..rezeki...hehe...hmm...ya,aku akan yang terbaik utuk ini.
oleh yang demikian, aku ucapkan selamat berpraktikal kepada kawan-kawan aku yang seangkatan..all the best!!!

Monday, July 27, 2009

ni lah...

salam...ni lah dia...yang gambar di bawah ni,gambar sebelum aku tukar fork (fork beli dari bro kuman) terima kasih bebanyak....


sebelum....



kini...untuk selamanya kot..hehe

Saturday, July 25, 2009

roda dua....dulu dan kini


dulu...tinggal kenangan.


kini??jeng2...hehe..



.
ini??hehe...

mana mungkin untuk aku memiliki basikal seperti diatas ni..insyaallah.untuk mendapatkan sebijik macam tu,memang aku akui, aku tak mampu. tapi, nak dapatkan speksifikasi macam basikal di atas ni, insyaallah...akan ada nanti.tunggu...

minat terhadap basikal memang tak dapat aku nak elak lagi.mula-mula, selepas aku menjual basikal aku kepada orang putrajaya tu, aku akui aku tak nak lagi berkecimpung dalam basikal lagi. oleh kerana minat, aku tak dapat nak tahan lagi...jadi, kini aku kembali.

hehe...tunggu.my bike will post soon.








layan...

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi

suka mendengar lagu ini...
Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi

suka mendengar lagu ini...

Thursday, July 23, 2009

aku dan cikgu-bahagian 1

salam....rasanya dah lama aku tak post kat blog aku ni.maaf ya,klu ada yang view blog aku,tapi masih yang lama je...sekarang,i'm back.insyaallah...aku akan cuba untuk berkarya dalam aku punya blog,AkuBudakMelanau...
pejam celik,dah di hujung pengajian aku di sini, Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Teknik. sejak aku bermula pengajian dalam pendidikan ni,ni rasanya kali kali ketiga nama tempat aku di tukar. bermulanya, Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur,kemudian ditukar pula kepada Institut Perguruan Teknik dan akhirnya Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Teknik. itulah,namanya peredaran masa sekarang begitu sekejap je berlalu...

sepintas aku teringat kembali semasa aku mula-mula mendaftar di Maktab Perguruan Gaya yang kini bergelar Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Gaya. Di situlah aku mengenal kawan-kawan yang hingga kini bersamaku untuk menjadi warag pendidik. saudara Yusri, Mohd.Nor, Faiz, Hafizan, Clarence, Irman, Kent Morris, Fariz, Fadrul, Khairulazwan, Hafiz dan Hanif. Kawan perempuannya pula saudari Tan Mary, Hanum, Elizabeth, Elly Stancey dan Sharini. Tidak lupa kepada kawan ku dua org yang berada di kampus Mizan,Muiz dan kampus Bahasa Melayu, Hasniah. Banyak ragam, banyak cerita yang terjadi di antara kami. Pahit, manis, suka duka bersama dalam mengharungi batch 1 pada masa tu...ya.lepas ni, entah bila kita akan bersua kembali??insyaallah, kita akan berjumpa lagi.
aku, di zaman pra...macamne??hehe

kawan-kawan sekelas zaman pra...ada berubah ka,dlu & sekarang??


muka beriman je pergi kelas...xda ponteng tau..hehe


kelas aku @ Pendidikan Luar....Best sangat!


kelas aku...julai 2004-2006