Friday, March 20, 2009

berzikirlah kalian,kawan2 ku....

Allah Ta’ala berfirman:

“Karena itu, ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan
memberikan rahmat dan peng-ampunan). Dan bersyukurlah kepada-Ku, serta
jangan ingkar (pada nikmat-Ku)”. (Al-Baqarah, 2: 152).

“Hai, orang-orang yang beriman, berdzikirlah yang banyak kepada Allah (dengan
menyebut nama-Nya)”. (Al-Ahzaab, 33: 42).

“Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan
untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung”. (Al-Ahzaab, 33:
35).

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa
takut (pada siksaanNya), serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan petang hari.
Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”. (Al-A’raaf, 7: 205).
Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda:

((مَثَلُ الَّذِيْ يَذْآُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْآُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ
وَالْمَيِّت)).
Perumpamaan orang yang ingat akan Rabbnya dengan orang yang tidak ingat
Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. (HR. Al-Bukhari dalam
Fathul Bari 11/208. Imam Muslim meriwayatkan dengan lafazh sebagai berikut:

((مَثَلُ الْبَيْتِ الَّذِيْ يُذْآَرُ اللهُ فِيْهِ وَالْبَيْتِ الَّذِيْ لاَ يُذْآَرُ اللهُ فِيْهِ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ)).

“Perumpamaan rumah yang digunakan untuk dzikir kepada Allah dengan rumah
yang tidak digunakan untuk dzikir, laksana orang hidup dengan yang mati”. (Shahih
Muslim 1/539).)

((أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْآَاهَا عِنْدَ مَلِيْكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا
فِيْ دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْ رٍ
لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّآُمْ فَتَضْرِبُوْا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوْ ا
أَعْنَاقَكُمْ))؟ قَالُوْا بَلَى. قَالَ: ((ذِآْرُ اللهِ تَعَالَى)).

“Maukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu
(Allah), dan paling mengangkat derajatmu; lebih baik bagimu dari infaq emas atau
perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu
memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?” Para sahabat yang hadir
berkata: “Mau (wahai Rasulullah)!” Beliau bersabda: “Dzi-kir kepada Allah Yang
Maha Tinggi”. (HR. At-Tirmidzi 5/459, Ibnu Majah 2/1245.

http://an-nawawi.blogspot.com


hmm...aku rasa,hari demi hari...hari silih berganti terlalu cepat...hm...ingatlah DIA selalu..
untuk kebaikan kita bersama...di dunia dan di akhirat kelak..amin.

Thursday, March 19, 2009

aku & dia...





ya...

dia...hmm...

memang aku nanti untuk berjumpa dengannya lagi...rindu sangat...hmm...

i'm coming,dear...

hmm...siapa ka gerangan dia??adalah...dia insan biasa ja...yang manis senyumannya yang pasti membuat orang memandangnya sekali lagi..dan, yang pasti membuat aku rasa tergugat...hMmm..

itu tidak mengapa...dia tahu, siapa aku di matanya.betul tidak,dia??hehe...

tidak mengapalah...aku malas nak bercakap panjang lebar di sini...cukuplah, untuk kawan2 aku di luar sana untuk mengetahui,aku dah ada dia...kalau aku bercakap panjang lebar di sini, dia pulak yang malu dan adalah soalan2 yang kena dia jawab pulak nanti..,

maka dengan itu...aku tinggalkan dengan bait2 ayat ini untuk renungan bersama...


Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendakl ah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangka n. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU ... MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....


dia...ikem ikak.

Wednesday, March 18, 2009

aku dan rakan2 di LEGO ENGiNEERiNG CONFERENCE 2009


aku & pzan

aku,rakan2,pensyarah & prof.chris rogers




masih ka anda ingat lagi siapa gerangan laki ini??haha...



hmm...

hai...ya, aku dan rakan2 ;
1. sYukri
2. pZan
3. afiQ
4. yaSir
5. aZmi
6.kHairudin
7. haJar
8. hAnum
9. eLizebath

pensyarah-Pn. Norashidah (betul ke ejaan;hehe)

17/mac/2009@pusat SainS neGara yang terletak di Bukit Kiara pukul 8am, aku dan rakan2 ku ini termasuklah pensyarah aku bertolak pergi dengan van dipandu oleh saudara ABg.HAlim yang memandu van untuk lawatan kami ke Kuala Kangsar sebelum ni..sempoi..haha..

kebanyakan rakan2 ku termasuklah aku ni, memang 1st time datang di pusat sains negara ni..tempat dia, agak best gaklah...for sure, tempat ni untuk perkembangan sains..

hmm...perkara yang paling aku tak lupa, aku dan rakan2 ku, berjumpa dengan pensyarah yang agak otai before ni di sini...agak2 sape??ha..Tuan Haji Rosehan a.k.a Si Songkok..haha

dia adalah tanya2 kabar kami di ipgm kampus teknik ni..macam2 gaklah dia ngomen..hehe.biasalah,dia tu..hehe...

hmm...tinggalkan yang itu..hari tu, aku agak berbangga dengan rakan aku ni, elizabeth yang membentangkan proposal dia untuk conference ni..agak bertenaga dia berucap & membuat orang memberi perhatian pada dia yang agak kecil tapi berisi di depan pentas..hehe..

banyak gak pendedah yang diberikan oleh tetamu jemputan iaitu Prof. Chris Rogers, selaku pensyarah dari Tuffs University yang pada pendapat aku, dia ni agak simple orang tapi dia mempunyai pengalaman yang agak banyak & luas dalam bidang LEGO ni..dia membentangkan fungsi NXT pun,agak senang & aku sendiri agak terkejut dengan kemampuan NXT tu sendiri..banyak benda boleh dibuat...wow!!agak membuat aku kagum...

selepas itu ini...conference tu habis dalam pukul 1230pm oleh kerana tetamu VIP majlis tu perlu segera balik ke parlimen..besalah, orang besar..ada2 ja alasannya..

hmm...selesai ja,kami pun g makan tengah hari dengan hidangannya agak menyelerakan kami semua yang jenis pelahap ni..haha..

selesai ja makan, Puan Norashidah pun mengajak kami untuk merayau di dalam pusat sains negara tu....perkara paling menarik adalah permainan minda...cubalah..hehe.tengaok minda siapa yang paling kuat..haha!!nak tahu, pergilah sana...ada sesuatu yang menarik di sana...RM6 je masuk..k??kami FREE!!haha....

dah puas, kami pun balik ipgm kampus teknik...itu la ceritanya...LALALALA...
hehe...

aku dan GLOBAL ku...





hmm...agak sedih gak buat diriku...basikal yang telah aku jaga selama ni,akhirnya menjadi milik orang di Putrajaya...tak mengapa, aku melepaskan basikal ni, banyak gak sebabnya...

tak mengapalah...dah rezeki orang untuk memilikinya..basikal ni, memang aku bercadang menjualnya dalam RM650 walaupun setelah aku mengira harga kos yang telah aku labur kat basikal ni, telah mencecah RM7++ dengan harga beli sebelum ni...

memang aku agak rugi tapi biarlah...yang pasti, basikal tu amat berbaloi untuk dibeli oleh orang lain & ada nilai untuk aku menjualnya lagi...at last, saudara MAN, dari kementerian sumber manusia di putrajaya yang mengoferkan diri untuk mengambil basikal aku ini dengan harga RM500 walaupun agak berat untuk menerima harga tu...

hmm...projek seterusnya??mencari basikal di saat aku kembali di tempat aku, miri...im comin!!haha...

aku merayu...

salam....

lama jugak dah aku xnulis kat blog aku ni...maaf.aku agak sibuk dengan tugas2 khas yang telah diberikan kepada diriku..agak banyak gak permintaan untuk diriku untuk menjalankan aktiviti2 di ipgm kampus teknik ni..hmm..xpa.aku layan je..

bagi aku, itu aku akan amik sebagai pengalaman buat diriku untuk persediaan untuk diriku sebagai seorang cikgu di sekolah nanti...insyaallah..akan aku buat yang terbaik untuk semua...

projek gunung nuang, telah aku kecapi sampai puncaknya...menyusul pulak lawatan ke QUt,australia yang sedikit sebanyak agak membingungkan aku walhal bukan diri ini yang akan terbang ke negera kangaroo tu...aku hanya sebagai pemangkin dalam kerja ni..aku akan wat yang terbaik buat rakan2 aku yang akan pergi tu nanti..im here for u guys...kerja tu, masih dalam proses untuk mengurus ground visit untuk di sana walaupun kami sekarang agak mengharap Puan Asmah yang sedikit sebanyak akan membantu kami dalam mencari tempat & perbelanjaan yang terbaik untuk kami...alhamdulillah, tiket kapal terbang kami perolehi dengan harga yang agak murah daripada travel agensi yang telah diperolehi oleh saudara Haji Ridwan..Terima Kasih banyak di ucapkan..ya, tidak lupa kat rumate ku,Afiq Imam yang banyak membantu dalam melicinkan proses lawatan ini yang akan berlangsung pada 14-20/Jun/2009...insyaallah..

hmm...lepas satu,satu lagi yang datang...ni, projek aku dari tahun lepas lagi termasuk projek QUT tu..ni, projek untuk jamuan akhir tahun buat budak2 aku, B.Ed QUT di IPGM kampus teknik ni...ya, aku dan rakan2 ajk jamuan ni akan cuba wat yang terbaik untuk semua...insyaallah, lepas je cuti seminggu ni,naik je cuti pada hari rabu (25/3/09),aku akan wat meting yang last untuk wat kata putus di mana, bila, berapa dan bagaimana flow majlis tu akan berlangsung..selesai ja dapat kata putus itu, akan aku wat makluman kepada rakan2 yang lain tentang majlis ini..biasalah,rakan2 aku ni...ada2 ja yang xkena,xpuas ati...klu ada benda / hal nak cakap, bawalah berbincang..ni x, wat cite kat belakang lak..

face2face la...haha...

hmm...perkara tu, aku tinggalkan..x mengapa..adat lah manusia..ada2 ja yang xkena...hmm...ni, rasanya projek aku yang last sebelum aku keluar..seminar robotik. ni, akan diberlangsung semester depan, iaitu awal semester depan...

En.Ghani, selaku pensyarah aku amat mengharap diriku ni, menubuhkan satu team untuk menjalankan seminar ni...dalam kepala otak aku sekarang ni, memamg agak susah untuk mencari rakan2 yang bagi komitmen dalam aktiviti ni..maklumlah..pandai2 lah u fikir...malas aku..

hmm...memang di saat ni, memang agak ligat kepala otak aku memikir untuk mencari rakan2 yang dapat bagi komitmen dalam menjayakan seminar ni..dahlah, mengikut agenda pensyarah aku ni, dia akan menjemput pengarah IPGM, guru2 sekolah, budak2 sekolah...aiyo!!maka dengan itu, aku amat mengharap rakan2 yang tabah,kuat & positif untuk membantu aku dalam menjayakan seminar ni...ya ALLAH..tolonglah aku.

hmm...macamna??ada berani ka untuk jadi macam aku ni??bukan riak, tapi aku dah agak pening dan sewel dalam mengurus benda2 macamni...xda orang lain ka untuk diharap membuat kerja2 macamni??napa aku,SYUKRI??

hmm...xpalah..Tuhan ja yang tahu,apa yang aku rasa...jadi, tolonglah aku..

Tuesday, March 3, 2009

aku dan diriku...bahagian ke-3



salam...

lama dah aku tak menyambung blog aku ni...akubudakmelanau...agak sibuk dalam menyiapkan diri sebagai seorang pendidik...insyaallah.

hmm...apalagi aku nak katakan di sini ya,tentang aku dan diriku ini??hmm...rasanya,banyak lagi yang ingin aku kongsi tentang hidup ini...pancaroba hidup di dunia ini...

untuk makluman, memilih profesion perguruan ini bukan dalam listing aku.oleh kerana kesihatan yang tidak mengizinkan,aku redha dengan profesion ni yang pada mulanya aku susah untuk aku terima...

aku masih lagi ingat lagi masa aku menghadiri interview di salah satu institut pendidikan guru malaysia di mir...di sana, aku lihat ramai calon yang muda-muda daripada aku. paling aku ingat, rakan sekelas aku sekarang ni, elizabeth...dia sama-sama dengan aku pada hari tu.dia tunduk senyap, membaca nota-nota yang mungkin sekali yang akan di tanya semasa di interview nanti...yang aku pulak, just tidak ada apa persediaan..just tuhan ja yang tahu apa yang aku fikir pada ketika itu...berserah.

semasa di interview, banyak soalan yang di ajukan pada aku...nak tahu soalan apa??ha...makanan apa yang best di miri??tempat mana yang best untuk di lawat??n, macam-macam lagi..aku ingatkan apalah soalan yang akan ditanya...walhal, aku ni macam berborak di warung kopi di buatnya...hmm..

itulah kisahnya ketika aku di interview...aku tak menyangka sama sekali aku akan diterima untuk menjadi guru pelatih sebab aku tak yakin yang aku akan dapat kerana umur pun dah lebih daripada yang telah ditetapkan...apapun, aku hanya berharap yang terbaik...

aku tak berhenti di situ sahaja untuk menyambung pengajian aku...aku mintak politeknik, CIAST, GMI, dan arwah bapak aku cuba untuk dapatkan tempat pengajian yang sama seperti aku di ALAM tetapi ini private punya...aku tak yakin untuk menempatkan diri aku ke sana lagi oleh kerana badan aku dah tak mampu lagi untuk menerima kerja-kerja yang berat...hmm...

alhamdulillah, tanggal 19/Julai /2004....itulah permulaan untuk diri ku sebagai pelatih guru. aku di tempat institut perguruan gaya,kk...suka aku suasana di sana.aman...kos hidup pun agak murah.hmm...pengalaman pun, banyak juga aku timba di sana...berkenalan dengan seseorang itu pun, di sana gak...adalah tu.kisah lama aku dan dirinya...abaikan.

1 1/2 tahun aku di sana, puas gak aku merasa hidup di kk...pergi bersama kawan2 berakit di sungai padas, mendaki gunung kinabalu, pergi snorkeling di pulau sapi,manukan...banyak lagilah..hmm..tak dapat nak aku ungkapkan di sini.terlalu banyak walaupun hanya berada di sana 1 1/2 tahun...n, banyak gaklah peranan dan tanggungjawab yang dah aku pikul selama aku berada di sana...bak kata orang, siapa tak kenal dengan syukri milieng...hmm...

sudah habis pengajian untuk pra, aku menyambung pengajian aku lagi untuk 4 tahun lagi...aku di telah di tempatkan di institut perguruan teknik, kl...yang kini tinggal 1 semester untuk aku habiskan pengajian. alhamdulillah...akhirnya, aku di hentian yang terakhir setelah masuk 5 tahun aku belajar dalam bidang perguruan ini...tak berasa aku. cepat ja masa berlalu...tapi, aku bersyukur kepada ilahi, banyak dah benda dan perkara yang telah aku kecapi dan lalui. pengalaman dan pengetahuan yang aku perolehi semua ni, akan aku curahkan segalanya setelah aku bergelar seorang cikgu kelak...pada anak bangsa, yang mengharap seorang cikgu yang dapat mendidik mereka menjadi yanf terbaik di kalangan yang terbaik dengan apa yang telah ada pada mereka sebelum ni...insyaallah..urusan itu ini, pahit manis, telah aku pegang dan urus...tension headache pun telah aku lalui sebelum ni sampaikan aku ditertawakan oleh pensyarah dan kawan2 aku...hmm...

pangkat tertinggi di kalangan pelatih pun pernah aku pegang...selaku YDP bagi tahun 2007/2008...aku harap, apa yang telah aku buat dapat sedikit sebanyak mengubah budaya IPTKL yang semakin longlai dengan aktiviti para pelatih...hmm...

aku rasa, itulah sedikit sebanyak tentang aku dan diriku untuk siri ini...apa yang aku katakan di atas tadi, siapa yang tak kenal dengan syukri milieng...hmm...fikir2 kan..hehe..aku bukan nak riak...itulah hakikatnya...aku dan diriku..sekian..