Tuesday, February 17, 2009

aku dan diriku...bahagian ke-2




hmm..ni lah cita-cita ku sebelum aku akan bergelar seorang cikgu kelak...seorang nakhoda kapal, impian ku selama ni...bukan niat aku untuk berhenti dari kerjaya ini...semua ni, bukan datangnya dari kehendak ku tapi Dia yang Maha Kuasa untuk menentukan kehidupan seorang hambaNya...

aku hanya redha & bersyukur apa yang telah aku perolehi selama ni...walaupun sudah 2 tahun aku belajar di sana, banyak telah aku pelajari...banyak pengalaman yang dapat aku timba...soal hidup seorang manusia...mungkin yang akan menjadi lebih baik ataupun mungkin yang akan hanyut dalam keseronokan hidup di dunia ini...hanya diri sendiri yang dapat memberi jawapan untuknya...

cukuplah, apa yang telah aku perolehi selama aku berada di sana, iaitu Akademi Laut Malaysia (ALAM)...pengajian aku ditaja oleh Malaysian International Shipping Cooperation (MISC), anak syarikat carigali minyak negara kita, Petronas...

cukup gah, bila seorang anak muda jika memperolehi tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di sini...sama juga bagi diriku..mana tidaknya, segala pembayaran untuk keseluruhan pengajian ditanggung & ditaja oleh MISC. makan, minum, pakaian, buku,& segalanya ditaja...siapa yang nak menolak jika ini semua ditaja??akan tetapi, untuk mendapatkan tempat dalam pengajian sebegini rupa, bukannya mudah...

aku, bukan menggunakan "kabel" tetapi, dengan berkat doa & usaha aku selama ni, aku berjaya untuk mendapatkan tempat ke ALAM...syukur kepadaNya...1 tahun berada di kelas untuk belajar teori pelayaran dan 1 tahun untuk membuat praktikal di atas kapal...untuk itu sahajalah masa untuk aku perolehi walaupun pengajian aku berbaki 1 tahun untuk ditamatkan...sungguh kecewa dibuatnya...

walaupun begitu, aku cukup bertuah juga kerana dalam 1 tahun aku membuat praktikal, aku dah berjaya lawati beberapa buah negara-Singapura, Korea, Taiwan, Hongkong, Egypt, Belanda & ada lagi beberapa negara- Terusan Suez yang aku dengar sebelum ni, telah aku lintasi ketika aku belayar sebelum ni....,masih diingatan ku,tembok Israel yang dijaga rapi di sebelah kanan sebelum memasuki Terusan Suez.ianya agak mengerikan aku kerana sepanjang tembok itu dikawal ketat oleh tentera Israel yang lengkap dengan senjata perangnya yang bagi diriku agak moden berbanding senjata intifada yang dimiliki Palestin...hmm...

itulah kuasa manusia yang tamak dan tidak sedar diri. itulah serba sedikit tentang rentetan diri ku sebelum aku bergelar seorang cikgu...cikgu kah diriku ini??insyaallah...aku akan bersua kembali...





aku dan diriku...


adik beradik ku
(belakang-sufandi;abang & aku)
(depan-suraya;akak1 & suriani;akak2)


famili ku

hmm... walaupun muka aku ni mcm cina, tapi hakikatnya BUKAN...aku ni, budak MELANAU yg asalnya dari Sarawak...nama di beri Syukri.Dilahirkan pada 12 januari 1984, Miri,Sarawak...hmm...aku ni anak bongsu daripada 4 orang adik beradik...Sufandi(abang),Suraya(akak1),Suriani(akak2) & Syukri...hehe.

hmm...kalau nak diikutkan, aku ni mmg banyak merantau masa aku sekolah dulu...masa di sekolah rendah, aku belajar di srk.south,miri...sekolah menengah aku mula nak merantau tempat orang...bermula di smb.st columba, aku seterusnya menyambung di smt bintulu. tidak lama aku di sana, aku dipindahkan oleh kerana aku ni "tersangat" nakal semasa aku berada di smt bintulu...ada percaya ka??haha!!aku kemudian dipindahkan di smt segamat,johor yang pada perkiraaan aku, agak mencabar iman dan kesabaran aku pada masa tu...

cukup membuat aku belajar erti hidup berjauhan di saat aku baru berumur 16 tahun...tapi, aku gagahi juga untuk aku menamatkan sesi persekolahan aku yang hampir tamat sudah...banyak benda & perkara aku belajar sepanjang aku belajar di sana...benda baik, buruk...macam-macam ada..yang penting, pada diri aku ketika itu, tepuk dada, tanya iman....sepanjang aku berada di sekolah ni, banyak gak dah tempat aku pergi. itu sebab, bagi aku, duduk di kl ni tak best...membuat "rambut" ku makin gugur...haha!!aku dah bosan duduk di sini...

tapi, alhamdulilah...aku akan tamat pengajian aku tahun ini...insyaallah, aku akan keluar sebagai cikgu...hmm...cikgu kah aku ni nanti??tunggu...ulasan yang akan datang.insyaallah...

salam perkenalan...

ineu dengah keleu memin??hmm...itu bermaksud, apa kabar anda semua??salam perkenalan daripada aku untuk semua...