Tuesday, February 17, 2009

aku dan diriku...bahagian ke-2




hmm..ni lah cita-cita ku sebelum aku akan bergelar seorang cikgu kelak...seorang nakhoda kapal, impian ku selama ni...bukan niat aku untuk berhenti dari kerjaya ini...semua ni, bukan datangnya dari kehendak ku tapi Dia yang Maha Kuasa untuk menentukan kehidupan seorang hambaNya...

aku hanya redha & bersyukur apa yang telah aku perolehi selama ni...walaupun sudah 2 tahun aku belajar di sana, banyak telah aku pelajari...banyak pengalaman yang dapat aku timba...soal hidup seorang manusia...mungkin yang akan menjadi lebih baik ataupun mungkin yang akan hanyut dalam keseronokan hidup di dunia ini...hanya diri sendiri yang dapat memberi jawapan untuknya...

cukuplah, apa yang telah aku perolehi selama aku berada di sana, iaitu Akademi Laut Malaysia (ALAM)...pengajian aku ditaja oleh Malaysian International Shipping Cooperation (MISC), anak syarikat carigali minyak negara kita, Petronas...

cukup gah, bila seorang anak muda jika memperolehi tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di sini...sama juga bagi diriku..mana tidaknya, segala pembayaran untuk keseluruhan pengajian ditanggung & ditaja oleh MISC. makan, minum, pakaian, buku,& segalanya ditaja...siapa yang nak menolak jika ini semua ditaja??akan tetapi, untuk mendapatkan tempat dalam pengajian sebegini rupa, bukannya mudah...

aku, bukan menggunakan "kabel" tetapi, dengan berkat doa & usaha aku selama ni, aku berjaya untuk mendapatkan tempat ke ALAM...syukur kepadaNya...1 tahun berada di kelas untuk belajar teori pelayaran dan 1 tahun untuk membuat praktikal di atas kapal...untuk itu sahajalah masa untuk aku perolehi walaupun pengajian aku berbaki 1 tahun untuk ditamatkan...sungguh kecewa dibuatnya...

walaupun begitu, aku cukup bertuah juga kerana dalam 1 tahun aku membuat praktikal, aku dah berjaya lawati beberapa buah negara-Singapura, Korea, Taiwan, Hongkong, Egypt, Belanda & ada lagi beberapa negara- Terusan Suez yang aku dengar sebelum ni, telah aku lintasi ketika aku belayar sebelum ni....,masih diingatan ku,tembok Israel yang dijaga rapi di sebelah kanan sebelum memasuki Terusan Suez.ianya agak mengerikan aku kerana sepanjang tembok itu dikawal ketat oleh tentera Israel yang lengkap dengan senjata perangnya yang bagi diriku agak moden berbanding senjata intifada yang dimiliki Palestin...hmm...

itulah kuasa manusia yang tamak dan tidak sedar diri. itulah serba sedikit tentang rentetan diri ku sebelum aku bergelar seorang cikgu...cikgu kah diriku ini??insyaallah...aku akan bersua kembali...





3 comments:

  1. Banyak jugak pengalaman kan yang dapat masa jadi sailor.. jeles betul aku.. tak dapat merasa merantau..

    Ape pun, selamat menjadi guru yang berilmu tinggi.. boleh cerita kat anak murid nanti..

    P/S: Kahwin cepat.. umur dah lanjut..

    ReplyDelete
  2. bilik sebelah! syukri x leh kawen dulu, dia kena tunggu org tu abes mktb, br leh kawen..hehe

    ReplyDelete
  3. amboi...uik..sape lak yang berkata2 ni??hmm..iya.aku akan tunggu dia..ok??
    hehe....

    ReplyDelete