Wednesday, March 18, 2009

aku merayu...

salam....

lama jugak dah aku xnulis kat blog aku ni...maaf.aku agak sibuk dengan tugas2 khas yang telah diberikan kepada diriku..agak banyak gak permintaan untuk diriku untuk menjalankan aktiviti2 di ipgm kampus teknik ni..hmm..xpa.aku layan je..

bagi aku, itu aku akan amik sebagai pengalaman buat diriku untuk persediaan untuk diriku sebagai seorang cikgu di sekolah nanti...insyaallah..akan aku buat yang terbaik untuk semua...

projek gunung nuang, telah aku kecapi sampai puncaknya...menyusul pulak lawatan ke QUt,australia yang sedikit sebanyak agak membingungkan aku walhal bukan diri ini yang akan terbang ke negera kangaroo tu...aku hanya sebagai pemangkin dalam kerja ni..aku akan wat yang terbaik buat rakan2 aku yang akan pergi tu nanti..im here for u guys...kerja tu, masih dalam proses untuk mengurus ground visit untuk di sana walaupun kami sekarang agak mengharap Puan Asmah yang sedikit sebanyak akan membantu kami dalam mencari tempat & perbelanjaan yang terbaik untuk kami...alhamdulillah, tiket kapal terbang kami perolehi dengan harga yang agak murah daripada travel agensi yang telah diperolehi oleh saudara Haji Ridwan..Terima Kasih banyak di ucapkan..ya, tidak lupa kat rumate ku,Afiq Imam yang banyak membantu dalam melicinkan proses lawatan ini yang akan berlangsung pada 14-20/Jun/2009...insyaallah..

hmm...lepas satu,satu lagi yang datang...ni, projek aku dari tahun lepas lagi termasuk projek QUT tu..ni, projek untuk jamuan akhir tahun buat budak2 aku, B.Ed QUT di IPGM kampus teknik ni...ya, aku dan rakan2 ajk jamuan ni akan cuba wat yang terbaik untuk semua...insyaallah, lepas je cuti seminggu ni,naik je cuti pada hari rabu (25/3/09),aku akan wat meting yang last untuk wat kata putus di mana, bila, berapa dan bagaimana flow majlis tu akan berlangsung..selesai ja dapat kata putus itu, akan aku wat makluman kepada rakan2 yang lain tentang majlis ini..biasalah,rakan2 aku ni...ada2 ja yang xkena,xpuas ati...klu ada benda / hal nak cakap, bawalah berbincang..ni x, wat cite kat belakang lak..

face2face la...haha...

hmm...perkara tu, aku tinggalkan..x mengapa..adat lah manusia..ada2 ja yang xkena...hmm...ni, rasanya projek aku yang last sebelum aku keluar..seminar robotik. ni, akan diberlangsung semester depan, iaitu awal semester depan...

En.Ghani, selaku pensyarah aku amat mengharap diriku ni, menubuhkan satu team untuk menjalankan seminar ni...dalam kepala otak aku sekarang ni, memamg agak susah untuk mencari rakan2 yang bagi komitmen dalam aktiviti ni..maklumlah..pandai2 lah u fikir...malas aku..

hmm...memang di saat ni, memang agak ligat kepala otak aku memikir untuk mencari rakan2 yang dapat bagi komitmen dalam menjayakan seminar ni..dahlah, mengikut agenda pensyarah aku ni, dia akan menjemput pengarah IPGM, guru2 sekolah, budak2 sekolah...aiyo!!maka dengan itu, aku amat mengharap rakan2 yang tabah,kuat & positif untuk membantu aku dalam menjayakan seminar ni...ya ALLAH..tolonglah aku.

hmm...macamna??ada berani ka untuk jadi macam aku ni??bukan riak, tapi aku dah agak pening dan sewel dalam mengurus benda2 macamni...xda orang lain ka untuk diharap membuat kerja2 macamni??napa aku,SYUKRI??

hmm...xpalah..Tuhan ja yang tahu,apa yang aku rasa...jadi, tolonglah aku..

3 comments:

  1. hehe
    nama SYUKRI senang ckit di sebut kali..
    wahahaha

    ReplyDelete
  2. sbr ya..aku ada bersamamu..iSu b...

    ReplyDelete
  3. ya...dia ada bersama ku..hehe.
    hmmm....iSu awak gak..hehe

    ReplyDelete